Saturday, August 14, 2010

10 Jenis Makanan untuk Kekuatan Minda (1-5)

Kekuatan daya ingatan dan kecerdasan berfikir merupakan keunggulan bagi mereka yang bergelar “genius”. Selain faktor rangsangan otak, kesan daripada pembelajaran dan pengalaman yang baik, pengambilan makanan tertentu adalah rahsia keajaiban minda mereka.
Berikut merupakan rumusan makanan yang terbaik bagi kita untuk meningkatkan daya ingatan.

Susu
Susu terbaik bagi manusia ialah susu ibu. Susu ibu terbukti zat paling ideal untuk kekuatan minda bayi. Selepas usia dua tahun, kita tidak dapat menikmati khasiat susu ibu. Biarpun begitu, keperluan susu masih tidak boleh dikesampingan. Jadi, susu lembu atau susu kambing merupakan alternatif terbaik bagi menggantikan keperluan susu bagi otak.

Tiga unsur semula jadi yang terkandung dalam susu, iaitu keju, lemak dan air sangat bermanfaat untuk pertumbuhan badan dan otak. Selain itu, susu juga mengandungi 16 kelas makanan seperti karbohidrat, protein, mineral dan semua jenis vitamin di dalamnya. Susu juga dikatakan makanan yang paling lengkap zatnya di muka bumi ini.

Nutrisi dalam susu sangat berguna untuk kesihatan otak, menguatkan ingatan serta membekalkan tenaga dan fizikal. Ia boleh merawat beberapa penyakit selain boleh mengatasi lupa. Susu segar lebih baik daripada susu yang telah diproses. Produk susu seperti yogurt dan keju juga bagus untuk kesihatan otak.

Madu
Makanan manis yang sedap, berzat serta boleh menjadi ubat, itulah madu. la mengandungi pelbagai jenis mineral, vitamin, protein, antiseptik, enzim serta pelbagai jenis zat galian lain. Kesemuanya sangat bermanfaat untuk menguatkan kecerdasan otak.

Selain itu, madu lebah boleh merawat penyakit berkaitan mental seperti mudah lupa, keletihan berfikir serta memperkuatkan daya ingatan. Pengambilannya setiap pagi dan malam amat digalakkan, namun ditegah jika dicampurkan dengan tembikai kerana dikhuatiri akan menyebabkan keracunan.

Kismis
Memakan kismis mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina sel darah merah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembap dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

Selain itu, kismis juga dikatakan mengandungi kalium yang tinggi, tetapi rendah natrium yang boleh mengurangkan tekanan darah serta risiko strok. Sementara serat dan asid tartarik pula mampu menjaga kesihatan tulang. Paling unik, asid oleanolik yang terkandung di dalam vitis vinifera berupaya menghalang pertumbuhan spesies bakteria mulut yang menyebabkan kerosakan gigi, penyebab plak dan masalah gusi.

Kaedah terbaik menikmati kismis adalah dengan mengemamnya seperti gula-gula, bukan mengunyah seperti kacang. Pengambilannya yang disyorkan sekurang-kurangnya 21 biji setiap hari.   
 
Telur
Sebagaimana susu, telur dikelaskan sebagai makanan lengkap yang mempunyai hampir semua zat yang diperlukan tubuh. Protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, zat besi, air dan bahan ekstrak yang terkandung di dalamnya amat berfaedah untuk meningkatkan fungsi otak sekali gus menjaga kesihatan tubuh keseluruhannya. Telur kuning lebih baik berbanding dengan telur putih kerana kandungan kolinnya yang tinggi. la boleh mengatasi lemah badan serta menguatkan memori. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung segar.

Daging
Daging ayam, Iembu ataupun biri-biri, semuanya baik untuk kesihatan jika pengambilannya betul. Berbanding dengan semua jenis daging, daging ayam betina dara dikatakan yang paling baik kerana khasiatnya baik untuk otak dan memulihkan perjalanan darah.

Daging burung merpati amat berkesan bagi meningkatkan kecerdasan terutama bagi kanak-kanak. Kanak-kanak yang diberi makan telur burung merpati juga mungkin boleh bercakap lebih awal daripada usia sepatutnya.

Daging kambing, biri-biri dan lembu tanpa lemak pula bagus kerana kaya dengan zat besi. la sangat sesuai bagi mereka yang aktif bekerja, serta memerlukan daya konsentrasi yang tinggi kerana kehadiran mineral zink. Pengambilannya sebanyak 28 gram sehari dikatakan cukup bagi membantu penyerapan zat besi daripada sumber lain.

Sumber Dari Dewan Kosmik Disember 2009

No comments:

Post a Comment