Thursday, August 19, 2010

Mati Otak & Pendermaan Organ (3)

5.    Apakah organ dan tisu yang boleh didermakan?

Organ-organ yang boleh didermakan adalah buah pinggang, jantung, hati (hepar), paru-paru dan pancreas. Tisu-tisu pula adalah mata (kornea), tulang, kulit dan injap jantung.


6.    Adaka kami akan diberitahu organ mana yang diambil dan kepada siap organ tersebut didermakan?

Pusat transplant akan memaklumkan kepada keluarga penderma berkaitan organ yang diambil dan sedikit maklumat berkaitan organ yang diambil dan sedikit maklumat berkaitan penerima. Namun begitu nama akan dirahsiakan da tidak diberikan kepada keluarga penderma dan penerima.

7.    Adakah keluarga penderma perlu membayar kos pembedahan pemindahan organ atau tisu yang dijalankan?

Tidak. Keluarga penderma tidak perlu membayar kos pembedahan pemindahan organ. Namun begitu kos rawatan sebelum pembedahan pemindahan organ dijalankan masih lagi di bawah tanggungjawab keluarga penderma.

8.    Bagaimanakah pemindahan organ dijalankan?

Proses pemindahan organ dan tisu adalah suatu pembedahan yang bersih dan steril. Pembedahan dijalankan oleh pakar bedah yang berpengalaman. Perolehan organ serta tisu tidak akan menjejaskan rupa dan bentuk tubuh badan penderma. Selepas organ dan tisu diperolehi, luka pembedahan akan dijahit dengan sempurna dan jenazah penderma tidak akan mengalami sebarang kecacatan fizikal. Proses pembedahan pemindahan ini dijalankan dengan rasa penuh hormat, tanggungjawab serta tertib sepertimana pembedahan-pembedahan biasa.

Pastikan anda memberitahu ahli keluarga terdekat bahawa anda telah mendaftar sebagai penderma organ. Ini kerana ahli keluarga anda adalah penentu hasrat murni anda tercapai!
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Pusat Sumber Transplant Nasional, Hospital Kuala Lumpur
Talian terus    : 03–2615 6576 / 03–2694 2705
Talian bebas tol    : 1 – 800 – 88 – 9080
Faks         : 03–2615 6269
Emel        : ntrc@hkl.gov.my

Pusat Sumber Pendermaan Organ, Hospital Raja Permaisuri Bainun
Talian        : 05–5222 324
Faks         : 03–2531 541

Pusat Sumber Transplant, Hospital Pulau Pinang
Talian        : 04–2225 780
Faks         : 04–2292 433

Pusat Sumber Transplant Negeri Johor, Hospital Sultanah Aminah
Talian        : 07–2231 666 samb. 2751
Faks         : 07–2242694

(maklumat di atas diperolehi dari brochure "Mati Otak & Pendermaan Organ" yang diterbit oleh Kementerian Kesihatan Malaysia)

No comments:

Post a Comment